Jean Piaget dilahirkan pada 9 Ogos 1896 di Switzerland. Beliau merupakan seorang ahli psikologi dalam bidang pendidikan. Memberi tumpuan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak. Beliau meninggal dunia pada tahun 1980.
Di dalam Teori
Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung huraian konsep asas teori iaitu
skema, asimilasi, akomodasi dan adaptasi yang berkait rapat dengan pembelajaran
kognitif individu. Mari kita tinjau apakah disebalik teori-teori tersebut.
1. Skema
Skema merupakan model
tingkah laku yang ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri dalam alam
sekitar. Ia dirujuk sebagai kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari
dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi. Skema yang ditonjolkan
seperti aksi, bahasa, pemikiran, pandangan atau idea yang boleh mewakili ciri
tingkah laku adalah disebut sebagai skema individu. Maka skema individu
merupakan tingkah laku yang sering berubah mengikut pembelajarannya. Skema
tingkah laku berubah dari semasa ke semasa dari kasar kepada halus dan dari
mudah kepada kompleks. Contohnya skema minum, skema memegang, skema menghisap
dan lain-lain.
2. Asimilasi
Proses penyesuaian
antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada seperti
menambahkan data baru ke dalam fail data yang sedia ada. Asimilasi melibatkan
percubaan memahami sesuatu yang baru dengan menyesuaikannya ke dalam sesuatu
yang telah kita ketahui. Contohnya, kanak-kanak akan memikirkan seekor hamster
sebagai seekor tikus. Kanak-kanak akan cuba memadankan pengalaman baru dengan
sekema yang sedia ada tentang cara mengenal pasti binatang.
3. Akomodasi
Melibatkan perubahan
skema sedia ada atau membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada
maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka
kita perlu sesuaikan dengan pemikiran kita. Seperti contoh kanak-kanak yang
mengenal hamster di atas tadi, kanak-kanak tersebut akan menambah skema baru
untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk mengenal pasti binatang yang dikenali
sebagai akomodasi.
4. Adaptasi
Dalam proses
mengorganisasi struktur mental kita akan membuat penyesuaian terhadap
persekitaran ini dinamakan sebagai adaptasi. Malah, wujud keseimbangan antara
akoodasi dan asimilasi. Keseimbangan tersebut wujud apabila kanak-kanak
cenderung untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak
persekitaran.
Dari kajian pemerhatian Piaget, beliau mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat melalui perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat berikut:
Peringkat Sensori Motor (0-2 tahun)
·
Penggunaan
deria dan pergerakan fizikal sebagai saranan perkembangan kognitif berkaitan
persekitarannya.
·
Pengekalan
objek (gambaran objek di dalam memori).
·
Permulaan
pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan serta pengulangan proses ke
bentuk asal.
Peringkat Pra-operasi (2-7 tahun )
·
Menggunakan
minda sebagai medium pembentukan skema baharu.
·
Perwakilan
sesuatu objek menerusi simbol.
·
Kemahiran
berbahasa semakin meluas.
·
Tidak
mampu menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan.
·
Sikap
egosentrik (pemahaman persekitaran bersumberkan perspektif sendiri.
Peringkat
Operasi Konkrit (7-11 tahun)
·
Pemikiran
secara logik dan masih terikat dengan situasi konkrit.
·
Berkebolehan
menguasai konsep pemuliharaan (conservation) yang terdiri daripada 3 prinsip
asas iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan.
·
Penguasaan
proses penyusunan secara bersiri.
Peringkat
Operasi Formal (11 tahun dan ke atas)
·
Pemikiran
abstrak.
·
Pemikiran
sistematik.
·
Kebolehan
berhipotesis.
·
Egosentrik
remaja (susah menerima pendapat orang lain dan merasa sentiasa diperhatikan
sekeliling).
